SEGi Group of Colleges (SEGi) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan realme Malaysia hari ini. Kerjasama dua hala itu bertujuan untuk melahirkan graduan yang di didik kearah revolusi industri dalam memenuhi permintaan profesion kini. SEGi fokus untuk membawa pengalaman industri ke dalam kurikulum pendidikan bagi membolehkan pelajar berinteraksi dan bekerja dengan rakan industri. Kerjasama ini juga sekaligus dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengakses makmal dan bengkel lanjutan dengan peralatan canggih dan terkini untuk mengembangkan tahap kemahiran mereka dengan lebih berkesan.
MoU ditandatangani oleh Cik Stella Lau, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Kolej SEGi, dan Encik Huang Hao, Pengarah realme Malaysia; disaksikan oleh Encik Edward Low, Pengurus Kanan, Perkhidmatan Pelajar dan Korporat SEGi Group of Colleges dan Cik Nor Farhana Binti Mustapha, Pengurus Komuniti dari realme Malaysia.
Cik Stella Lau, Ketua Pegawai Eksekutif SEGi Group of Colleges mengatakan, “Tujuan utama kolaborasi SEGi dengan setiap rakan industri adalah membawa pengalaman industri ke dalam kukirukulum pendidikan kami. Kami bercita-cita tinggi untuk menyediakan para pelajar dengan pembelajaran berasaskan projek industri sebenar agar mereka lebih bersedia untuk melangkah masuk ke dunia pekerjaan. Oleh itu, perkongsian kami dengan realme akan menjadikan pengalaman dan kepakaran bidang untuk dimasukkan ke dalam kurikulum pembelajaran kami. Sebagai contoh, realme akan bekerjasama dengan Fakulti Perniagaan kami untuk memberikan input industri sebenar dalam mata pelajaran Personal Selling dan Consumer Behaviour. ”
“SEGi kini bergerak pantas menuju ke arah Revolusi Industri 4.0, atau lebih dikenali sebagai IR 4.0, merupakan suatu keistimewaan bagi kita untuk memiliki produk pameran yang telah mereka gabungkan dengan Internet of Things (IoT) sebagai aplikasi sebenar untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya IR 4.0,” tambahnya.
Di samping itu, kerjasama ini juga akan melibatkan program lain, sebagai contoh, lawatan antara organisasi, penyelidikan bersama, dan penempatan industri bersama dengan latihan praktikal untuk pelajar SEGi.
realme adalah jenama teknologi yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2018. Objektif penubuhan realme adalah menghasikan produk dengan pengalaman yang komprehensif dan unggul untuk golongan muda, dan realme amat komited untuk menjadi salah satu jenama teknologi yang hebat dan terkemuka.
Menurut statistik laporan penghantaran telefon pintar antarabangsa Counterpoint pada Q1 tahun 2020, jenama telefon pintar yang baru muncul masih berada di kedudukan ke-7 dengan kadar pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 157%, yang menduduki tempat pertama di dunia. Sebagai sebuah jenama telefon pintar yang berkembang pesat di dunia, realme berdiri teguh di antara jenama telefon pintar arus perdana yang lain.
Encik Huang Hao, Pengarah Jenama realme Malaysia berkata, “Kita merupakan Young, Real, Stylish, and Outstanding. Sejajar dengan ini, kami telah berganding bahu dengan institusi pendidikan tinggi tepat pada masanya. Bersama rakan kongsi seperti SEGi yang berpandangan jauh ke depan, kami akan terus meningkatkan lagi strategi perniagaan untuk terus menghasilkan produk pengguna dengan teknologi, ciri-ciri, dan pengalaman terkini.”