Pensyarah SEGi Berjaya Rangkul Anugerah Kertas Terbaik di AicE-BS 2022 Sabah

Tiga pensyarah dari Universiti SEGi yang telah membentangkan kertas kerja di Persidangan Antarabangsa ke-10 Asia-Pasifik hibrid yang diindeks WoS mengenai Kajian Alam Sekitar-Tingkah Laku (AiCE-Bs2022) berjaya membawa pulang Anugerah Kertas Kerja Terbaik dan mendapat tempat ketujuh dan kesembilan dalam senarai 10 teratas bagi Anugerah Kertas Kerja Terbaik.

Persidangan ini telah diadakan di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 7 dan 8 September 2022 yang lalu.

Pensyarah Sekolah Siswazah Perniagaan, Dr. Chong Kim Mee dan pensyarah Fakulti Bahasa, Pendidikan, Psikologi & Muzik, Prof. Dr. Geetha Subramaniam menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik.

Kertas kerja yang bertajuk ‘Kesanggupan Menggunakan Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur & Manila’ yang dihasilkan bersama dua lagi pengkaji lain telah memenangi hadiah wang tunai RM 3,000 serta pengecualian yuran untuk persidangan seterusnya. Kerta kerja yang dibentangkan dipilih sebagai kertas terbaik daripada sejumlah 61 kertas lain dalam Anugerah Kertas Kerja Terbaik.

Sementara itu, Prof. Dr. Geetha dan Prof. Dr. Gurnam Kaur berjaya berada pada kedudukan 10 teratas. Kertas kerja Prof. Dr. Gurnam yang bertajuk ‘Membangunkan Autonomi Pelajar Lepas Ijazah Melalui Kontinum PAH: Kajian Kes’ berada pada kedudukan kesembilam, manakala kertas kerja Prof. Dr. Geetha ‘Aplikasi FlexiWork: Cara Inovatif untuk Mengukur dan Memantau Produktiviti Semasa Bekerja dari Rumah (BDR) untuk Ahli Akademik mendapat tempat ketujuh. Masing-masing memenangi ganjaran wang tunai sebanyak RM250 dan diskaun 20% bagi pendaftaran persidangan akan datang.

“Kami sangat gembira kerana berjaya membuatkan kehadiran kami dirasai dan menaikkan nama Universiti SEGi di arena antarabangsa,” kata pensyarah SEGi yang terlibat dalam persidangan ini.

 

Spread the love