Pengembaraan pendidikan yang mendebarkan, Kolej Segi Kuala Lumpur membawa pelajar-pelajarnya ke Muzium Anatomi dan Jabatan di Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM, Cheras. Pengalaman yang pertama ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menerokai tubuh manusia yang luar biasa secara dekat, menjadikan pembelajaran lebih berpengatahuan daripada di dalam bilik darjah.
Lawatan ini bertujuan untuk memperluaskan lagi pengetahun kepada pelajar-pelajar dan memberi penerangan terperinci di dalam tubuh manusia – bahagian penting dalam pengajian mereka. Muzium ini mempamerkan spesimen yang dijaga dengan teliti yang memaparkan organ, tulang, dan otot. Setiap paparan disertai dengan penjelasan ringkas dan gambar berlabel, menjadikannya lebih mudah untuk memahami bagaimana tubuh kita berfungsi.
Selain manusia, pelajar-pelajar juga dapat melihat haiwan yang diawetkan seperti kucing dan rodent. Paparan-paparan dalam muzium yang menunjukkan bahagian tubuh yang sihat dan yang sakit membuat pelajar-pelajar berfikir tentang bagaimana gaya hidup kita boleh mempengaruhi kesihatan kita.
Salah satu tarikan lawatan ini ialah melihat mayat diawetkan yang digunakan untuk pembelajaran. Pelajar-pelajar bahkan dapat menyentuh dan belajar daripada mereka, dibantu oleh kakitangan muzium yang memiliki pengetahuan yang luas tentang tubuh manusia
Muzium ini diatur dengan baik, dengan akses kepada banyak spesimen yang membantu pelajar-pelajar memahami anatomi manusia. Lawatan ini bukan hanya tentang mempelajari fakta-fakta, tetapi juga menunjukkan mengapa menjaga kesihatan begitu penting dalam kehidupan sebenar.
Secara ringkas, lawatan ke Muzium Anatomi telah mengangkat pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar meneroka rahsia-rasmi tubuh manusia dan belajar bagaimana penyakit boleh mempengaruhi kita. Pengalaman berkesan ini tidak hanya membantu mereka memahami lebih banyak tentang pengajian mereka tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka untuk menjaga kesihatan mereka