Pelajar Kolej SEGi Terima Pengalaman Praktikal Pengurusan Perkemasan Di The Waterfront Hotel Kuching

Pelajar-pelajar dari Fakulti Hospitaliti Kolej SEGi Sarawak baru-baru ini telah mengikuti kelas praktikal dengan melawat The Waterfront Hotel Kuching untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam subjek Pengurusan Perkemasan dan mempelajari prosedur operasi standard (SOP) hotel. 

Setelah diberikan taklimat oleh Pengurus Perkemasan dan Penolong Pengurus Perkemasan, cara yang betul untuk membersihkan bilik tetamu dan bilik mandi telah ditunjukkan kepada para pelajar. Kemudian, mereka diperlihatkan bilik tetamu kosong yang telah dibersihkan dengan sempurna mengikut piawaian hotel. 

Lawatan ini adalah salah satu contoh usaha Kolej SEGi untuk terus memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar iaitu dengan menyediakan peluang pembelajaran secara praktikal dengan kerjasama rakan industri SEGi. 

Spread the love