Pelajar kami dari Fakulti Farmasi SEGi telah meraih kemenangan dalam pertandingan poster baru-baru ini yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA). Cik Lim Yu Ern dinobatkan sebagai pemenang dalam Pertandingan Poster MyPSA: “What Should Be On A Prescription?”
Pertandingan ini dianjurkan oleh organisasi peringkat kebangsaan dari 10 Jun hingga 11 Julai 2021. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai keperluan preskripsi dan membolehkan peserta menunjukkan bakat dan kemahiran dalam merancang poster mereka.
Poster Yu Ern dipilih sebagai salah satu daripada tiga poster yang teratas serta dikongsi di laman Instagram rasmi MyPSA pada 3 Ogos 2021 lalu untuk pengundian di media sosial. Ia kemudian terpilih sebagai poster yang terbaik, seperti yang diumumkan oleh MyPSA di laman media sosial rasmi mereka pada 5 Ogos 2021.
Dari seluruh warga Universiti SEGi, tahniah diucapkan kepada Yu Ern atas pencapaian anda!