Pengetua, Kolej SEGi Sarawak

DR. SUSIE LAU MENG CHING

DR. SUSIE LAU MENG CHING

Pengetua, Kolej SEGi Sarawak

Susie mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam pendidikan tinggi. Beiau adalah doktor perubatan dengan latihan dan mempunyai minat tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasratnya adalah untuk memberikan pendidikan yang terbaik dan kerjayanya dalam penyampaian pendidikan berkualiti tinggi.

Beliau memulakan kerjayanya di industri pendidikan sebagai pensyarah Kesihatan Bersekutu. Selama bertahun-tahun dalam industri pendidikan, Susie mengembangkan minat yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran pedagogi. Pengalaman kerjanya yang lalu juga memberikannya pengetahuan dalam bidang akreditasi akademik dan peraturan. Selain itu, peranannya sebelum ini sebagai Ketua Eksekutif sebuah kolej juga telah melengkapkannya dengan kemahiran dalam mengurus institusi pengajian tinggi.

Susie memperoleh Diploma Sains (Major dalam Kimia dan Biologi) dari Kolej Tunku Abdul Rahman pada tahun 2002. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya dan menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Major dalam Kimia dan Biologi) dari Campbell University, North Carolina, Amerika Syarikat pada tahun 2004. Pada tahun yang sama, Susie memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Perubatan dan akhirnya lulus sebagai Doktor Perubatan dari Crimea State Medical University, Ukraine pada tahun 2010. Oleh kerana penglibatannya dalam pengurusan pendidikan, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya dalam MBA di University of Sunderland dan lulus pada tahun 2017.