Lembaga Akitek Malaysia (LAM) melawat Jabatan Senibina Dalaman Universiti SEGi untuk mengesahkan semula akreditasinya bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Senibina Dalaman.
Pakar-pakar panel dari Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS), yang dilantik dan diluluskan oleh Lembaga Akitek Malaysia (LAM), menilai semua mata pelajaran yang dijalankan, termasuk kursus-kursus reka bentuk dan bukan reka bentuk. Karya-karya pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 3, serta kumpulan pelajar yang akan menamatkan pengajian, dipamerkan dan dinilai dengan sewajarnya oleh pakar-pakar panel untuk memastikan hasil mereka selari dengan standard dan kualiti yang diperlukan.
Universiti SEGi dan Jabatan Senibina Dalaman ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar panel dari MAPS kerana memberikan masa selama dua hari untuk proses akreditasi ini. Kami berazam untuk meningkatkan standard kualiti kami selarasa dengan visi kami: Reimagine, Recognise, Redefine, Revolutionise.