Diploma Kejururawatan direka untuk menyediakan pelajar untuk menjadi jururawat berdaftar. Program ini memfokuskan kedua-dua aspek 'penjagaan' kejururawatan dan juga 'sains' penjagaan kesihatan. Pelajar akan menjalani pengalaman pembelajaran lengkap yang melibatkan kerja bilik darjah, aktiviti di wad simulasi, bilik praktikal, makmal kemahiran, dan makmal Simulator Pesakit Manusia, serta memperoleh pengalaman hidup sebenar semasa sangkutan dengan hospital rakan kongsi dan klinik kesihatan komuniti.
Program ini mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan dan Agensi Kelayakan Malaysia. Ia juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan & Lembaga Jururawat Malaysia. Pelajar yang lulus peperiksaan akhir boleh mendaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut dengan memuat turun risalah atau memohon di bawah!