Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mana-mana 3 mata pelajaran termasuk Matematik atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (lulus) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
Lulus SKM Tahap 3, dan kepujian dalam Matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya; ATAU
UEC minimum 3 kredit termasuk Matematik; ATAU
Lulus dalam mana-mana kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3, MQF) dan kepujian dalam Matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya.
Untuk pelajar antarabangsa:
IELTS dengan minimum skor 4.0 atau setara.
* Calon tanpa kepujian dalam mata pelajaran matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya boleh diterima masuk sekiranya program Sijil mengandungi mata pelajaran matematik yang setara dengan matematik di peringkat SPM.