Bengkel transformasi imej dan personaliti

Kolej SEGi Kuala Lumpur telah mengadakan bengkel transformasi mengenai “Imej dan Personaliti,” yang dipimpin oleh pakar konsultan imej bertauliah, Mohd Azmi Yaakub. Bengkel ini memberi impak yang mendalam kepada pesertanya melalui motivasi dan memupuk perkembangan peribadi.

Dalam menerokai kompleksiti imej diri dan penilaian personaliti, bengkel ini menngajar bagaimana peserta melihat diri mereka sendiri dan bagaimana orang lain melihat mereka. Melalui perbincangan yang bijaksana, perbezaan antara penilaian diri dan persepsi luaran diberi penekanan dan memberikan peluang berharga untuk peningkatan diri.Azmi juga memberikan penyelesaian di mana kes yang terdapat maklum balas negatif mengenai tingkah laku atau sikap serta membimbing peserta ke arah perubahan positif.

Pelajar kejururawatan, khususnya, perlu membina imej profesional yang selaras dengan peranan masa depan mereka. Melaui kepentingan utama imej dan personaliti sebagai kemahiran, implikasi bengkel ini juga mengajar asas kejururawatan yang di mana ia memaparkan profesionalisme kepada orang ramai.

Selain impaknya terhadap identiti profesional, personaliti dan imej yang positif, ia memberikan manfaat yang nyata dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Peningkatan keperluan pesakit dan kerjasama dengan rakan profesional kesihatan lain adalah hasil yang lebih baik dapat meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.

SONAH dan SEGi KL turut  bekerjasama dengan Azmi dengan memberi komitmen untuk menanamkan minda imej dan personaliti yang positif dalam kalangan pelajar kejururawatan baru. Inisiatif ini membuka peluang kepada pelajar untuk mengenali peranan penting sikap dan penyempurnaan tingkah laku dalam perjalanan mereka menjadi jururawat profesional yang berjaya. Pendekatan holistik SEGi merangkumi pertumbuhan akademik, perkembangan peribadi, dan pendidikan yang menyeluruh yang membentuk minda, jiwa, dan aspek fizikal pelajar.

Spread the love