1. Bersiap sedia sebelum keluar daripada klinik gigi anda
Setelah memasang braces, jangan tinggalkan klinik gigi sehingga anda berbincang dengan doktor mengenai perkara berikut:- Periksa hujung wayar. Gunakan jari dan lidah untuk memastikan wayar besi tidak mencucuk pipi atau terkena lidah. Pastikan anda rasa selesa dengan kedudukan braces yang dipasang.
- Dapatkan keterangan tentang apa yang harus dilakukan sebelum temujanji seterusnya termasuk cara menjaga kebersihan pendakap gigi and mulut.
- Periksa semula bekalan kesihatan oral anda. Tanya pakar ortodontik jika anda perlu mendapatkan dental wax, alat pembersih, tali elastik atau bahan lain yang mungkin diperlukan sebelum temujanji seterusnya.