Dalam usaha terbaru, Kolej SEGi Sarawak telah membuktikan komitmen mereka melalui pembelajaran yang holistik di mana pelajar-pelajar dapat menyelami pencegahan penyakit melalui pencegahan terhadap rangkain jangkitan.
Kolej SEGi Sarawak menyediakan aplikasi praktikal melalui platform yang intelektual dengan konsep pendekatan dinamik secara praktikal. Pendekatan pembelajaran dinamik ini dapat memperkayakan pemahaman pelajar dan melengkapi mereka dengan kemahiran bagi situasi reality di alam kerjaya.
Inisiatif ini menonjolkan komitmen institusi untuk melengkapi para pelajar dengan pengetahuan yang mendalam melalui memupuk pemikiran kritis dan analisis. Komitmen ini mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia moden dan menangani isu dunia nyata seperti pencegahan penyakit, dan membentuk warga negara yang bertanggungjawab juga mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Penekanan Kolej SEGi dalam menyelitkan elemen praktikal ke dalam kurikulum dapat membentuk para pelajar menjadi individu yang berpengatahuan luas dan bertanggungjawab secara social. Pembelajaran secara pengalaman ini mengukuhkan reputasi sebagai institusi melalui pengajaran tradisional dan praktikal untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran.